25 Disember 2021 – Alhamdulillah, Majlis Penyampaian Baucar Kembali ke Sekolah pagi tadi berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Ucapan perasmian dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengurus MJSAA, Ustaz Ezmir Kushairy bin Roslee.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan ada sinar harapan bagi mereka memulakan persekolahan pada tahun 2022 nanti.
Terima kasih juga buat para penyumbang yang budiman. Moga Allah memberkati setiap usaha dan niat ikhlas para penyumbang semua. Aamiinn.
Untuk makluman, majlis ini merupakan inisiatif anjuran Biro Kebajikan MJSAA yang diketuai Tuan Haji Jasmee yang saban tahun terus komited dalam mengadakan program penyampaian sumbangan seumpama ini. Biiznillah.
Pengurusan MJSAA
