PENYERAHAN SUMBANGAN KE MASJID AL-MUNAWWARAH SEK27, SHAH ALAM

24 Disember 2021 – Alhamdulillah, pihak pengurusan MJSAA telah selesai menyempurnakan penyerahan sumbangan barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai melalui MJSAA ke Pusat Penyediaan Makanan & Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir, Masjid Al-Munawwarah Sek27, Shah Alam malam tadi.

Kami difahamkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Masjid Al-Munawwarah adalah seramai 229 dewasa dan kanak-kanak warganegara Malaysia serta 63 warganegara asing (Bangladesh) dari kilang PHN.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang berbesar hati turut bersama-sama memudahkan Misi Bantuan Pasca Banjir MJSAA kali ini.

Diharapkan segala bentuk sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Semoga Allah melimpahi rahmat buat kita semua. Aamiin.

Terima kasih para penyumbang!

Pengurusan MJSAA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *