27 Januari 2022 – Bengkel Gubahan Bouquet, program muslimat pertama pembuka tahun 2022, telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari lalu di Bilik Kuliah MJSAA.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Giatmara, Cikgu Hafizatul Azwa Abd Razak dengan pengisian ilmu kemahiran untuk 3 jenis gubahan menarik iaitu Gubahan Hand Bouquet Coklat, Hand Bouquet Wang Kertas dan Hot Air Balloon.
Idea untuk mengadakan bengkel ini tercetus semasa Ketua Biro Hal Ehwal Muslimat, Puan Norashikin Ali mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah GiatMara, Encik Mohamed Ferdous Othman di MJSAA.
Giatmara juga telah menawarkan beberapa lagi bengkel kemahiran yang dapat dimanfaatkan oleh para muslimat sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan.
Syabas dan tahniah seluruh AJK Biro Hal Ehwal Muslimat MJSAA yang terlibat. Nantikan pengumuman dan pelbagai lagi aktiviti menarik anjuran Biro Hal Ehwal Muslimat yang seterusnya. In shaa Allah.
Kredit info & foto : Biro Hal Ehwal Muslimat
PENGURUSAN MJSAA