KURSUS SEMBELIHAN & MELAPAH 2025

𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 – Alhamdulillah, Kursus Sembelihan & Melapah anjuran Pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya telah dilaksanakan dengan jayanya. Program tradisi ini melibatkan peserta seramai 50 orang dan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fazli bin Mohammad Royani (Penceramah Bertauliah Negeri Selangor).

Kursus ini melibatkan 2 sesi iaitu penerangan secara teori dan amali. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi menambah dan meningkatkan pengetahuan sedia ada berkaitan aktiviti sembelihan mengikut syariat Islam. Ia juga sebagai ulangkaji untuk kita sama-sama lebih yakin menjadi sukarelawan qurban untuk ibadah qurban tidak lama lagi.

Kesimpulannya, diharapkan kursus ini dapat memberi impak positif kepada semua peserta dan memberi manfaat yang berpanjangan dan meningkatkan syiar Islam di kalangan masyarakat.

 

📸 Lagi momen sepanjang program di sini

➡️ https://www.facebook.com/mjsaapj01

 

𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗝𝗦𝗔𝗔
#𝒎𝒋𝒔𝒂𝒂𝒔𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒅𝒊𝒉𝒂𝒕𝒊

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *