LAWATAN KE MASJID AL-FAIZIN SEKSYEN 28, SHAH ALAM

Satu lawatan kerja di atas telah diadakan pada pukul 2.15 petang , Khamis 25 FEBRUARI 2021

MJSAA diwakili oleh Tuan Hj Abdul Rahim Bin Ismail, Hj Ahmad Azlan Bin Abd Aziz, dan En Mohd Hata Bin Ramli.

Tujuan lawatan ialah untuk mendapatkan maklumat lanjut kaedah kutipan tabung kewangan di masjid tersebut yang mula dilaksanakan semasa PKP ini.

Taklimat telah diberi oleh wakil- wakil berikut dari Masjid Al-Faizin:

Dr. Mohammad Tawfik b Yaakub
Nazir

En Mazli Yusoff
Setiausaha

Ust Hafizuddin Md Yusoff
Imam/Pegawai Hal Ehwal Islam

Kutipan melalui tabung yang diletakkan di jalanraya di hadapan masjid telah berjaya meraih kutipan yang amat menggalakkan.

Tabung ini diletakkan di lokasi mulai selepas subuh sehingga selepas Maghrib.

Dengan kutipan itu, Masjid Al-Faizin telah antara lain dapat membina kelas KAFA, membeli van, membuka kedai runcit, memberi sumbangan kepada ahli-ahli kariah serta membina sangkar untuk kucing- kucing yg terbiar.
Sarapan pagi dan makan tengah hari untuk mereka yang memerlukan juga disediakan setiap hari.

PENGURUSAN MJSAA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *