PENGEDARAN SUMBANGAN MAKANAN BERBUKA PUASA & BUBUR LAMBUK RAMADAN 2021M/1442H

PENGEDARAN SUMBANGAN MAKANAN BERBUKA PUASA & BUBUR LAMBUK RAMADAN 2021M/1442H MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, JALAN TEMPLER

Mulai 1 Ramadhan 1442, pihak MJSAA telah mula membuat pengedaran makanan berbuka puasa dan bubur lambuk kepada mereka yang memerlukan di kalangan golongan asnaf dan yang memerlukan bekalan makanan sepanjang Ramadan ini. Pengagihan ini akan dijalankan setiap hari selepas Asar melalui penghantaran terus ke rumah penerima.
Terima kasih kepada para penyumbang dan penaja makanan untuk berbuka puasa ini. Alhamdulillah, sumbangan yang diberikan memberi manfaat dan sangat membantu mereka yang di dalam kesusahan. Semoga para penyumbang mendapat ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki. Ameen.

PENGURUSAN MJSAA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *