TERMA & SYARAT
Untuk Sewaan Kemudahan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz
A. Peraturan-Peraturan Penggunaan Dewan Serbaguna Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz
- Penyewa dan para tetamu penyewa yang beragama Islam diwajibkan menghormati dan melaksanakan adab-adab semasa berada di dalam kawasan MJSAA seperti berpakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak ketat, jarang, singkat dan sebagainya.
- Adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk memaklumkan kepada tetamu bukan beragama Islam untuk menjaga etika berpakaian semasa berada di dalam kawasan MJSAA. Jubah dan selendang juga disediakan bagi mereka yang tidak menjaga etika berpakaian semasa berada di dalam kawasan MJSAA.
- Tidak dibenarkan sama sekali memakai kasut di dalam ruang lobi dan dewan serbaguna.
- Penyewa juga dilarang mengadakan aktiviti hiburan yang tidak bersesuaian dengan suasa masjid seperti nyanyian, karaoke, tarian dan lain-lain yang seumpama dengannya.
- Penyewa juga hendaklah menghormati waktu solat. Juruacara/Disk Jockey (DJ) dikehendaki menghentikan muzik dan perbicaraan 10 minit sebelum azan waktu solat dan boleh dimulakan semula 10 minit selepas selesai solat.
- Keseluruhan kawasan MJSAA adalah kawasan Larangan Merokok.
- Pengurusaan MJSAA tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan, kerosakan harta benda atau kecederaan kepada penyewa dan tetamu ketika hadir di premis MJSAA.
- Sekiranya terdapat kerosakan aset MJSAA selepas dewan serbaguna digunakan maka pihak penyewa dewwan serbaguna wajib bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut.
- Penghawa dingin hanya akan dibuka pada pukul 10.00 pagi dan akan ditutup semula pada pukul 4.30 petang sahaja.
- Penggunaan ruang legar (lobi) adalah sewaan. Penyewa yang tidak menyewa ruang legar (lobi) dilarang sama sekali menemparkan kerusi menunggu, meja makan tetamu dan lain-lain di ruang legar (lobi) kecuali 2 buah meja banquet sahaja.
- Penyewa hendaklah memastikan dewan serbaguna sentiasa bersih sepanjang program berlangsung.
- Sekiranya penyewa melanggar mana-mana peraturan yang dinyatakan, pihak Pengurusan MJSAA berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penyewa.
B. Tanggungjawab Pengurus Majlis dan Katerer
- Bagi membuat persiapan majlis, Pengurus Majlis atau katerer hanya dibenarkan membawa masuk barang-barang atau alat-alat persiapan majlis pada pukul 10.00 malam sehari sebelum majlis berlangsung. Pemunggahan keluar barang-barang hendaklah dibuat selepas pukul 5.00 petang dan hendaklah selesai sebelum pukul 8.00 malam.
- Segala peralatan majlis hendaklah dibawa masuk atau keluar melalui pintu belakang dewan serbaguna.
- Pekerja-pekerja persiapan majlis tidak dibenarkan:
- Mengheret meja, kerusi dan lain-lain
- Memaku di atas kawasan berkain semasa memasang “backdrop” atau pelamin (terdapat kayu khas yang disediakan di atas bingkai “backdrop”).
- Mengheret meja, kerusi dan lain-lain
- Urusan persiapan untuk makanan oleh katerer hendaklah dibuat di ruang persiapan belakang dewan serbaguna atau di ruang dataran di luar. Pekerja katering hendaklah memastikan lantai dan ruang persiapan dewan serbaguna sentiasa bersih dan kering bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
- Setelah selesai majlis, semua sisa-sisa makanan dan sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuang ke dalam tong sampah awam di luar pagar di belakang MJSAA. Pekerja katering tidak dibenarkan sama sekali membuang sampah di dalam singki atau longkang.
C. Syarat dan Prosedur Tempahan Dewan Serbaguna Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz
1. Prosedur Tempahan:
- Dapatkan Borang Tempahan Sewaan Dewan Serbaguna di pejabat pentadbiran MJSAA atau muatturun ia – BORANG KEMUDAHAN MASJID
- Isi dan serahkan borang kepada Penyelia Sewaan untuk semakan kekosongan tarikh dan masa.
- Membuat pembayaran deposit tempahan atau penuh.
- Menerima resit rasmi selepas membuat pembayaran.
2. Syarat-Syarat Tempahan:
- Pemohon yang membuat pembayaran pendahuluan untuk tempahan, hendaklah menjelaskan baki sewaan selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum tarikh penggunaan.
- Sebarang pertukaran tarikh hendaklah dimaklumkan dua (2) bulan sebelum tarikh penggunaan dengan menyatakan sebab-sebab penangguhan atau perubahan tarikh. Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk atas budi bicara Pengurus MJSAA.
- Sekiranya pihak penyewa ingin membatalkan sewaan, maka penyewa haruslah memaklumkan kepada penyelia sewaan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh penggunaan. Wang pendahuluan tidak akan dipulangkan jika pembatalan dibuat kurang dari dua (2) bulan sebelum tarikh penggunaan.
- Jika terdapat program rasmi dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang perlu dilaksanakan di dewan serbaguna, Pengurusan MJSAA berhak untuk membatalkan mana-mana tempahan yang terlibat serta akan mengembalikan wang yang telah dibayar.