Alhamdulillah selesai Program Usrah, Riadah dan Futsal bersama Surau Nur Fatimah.
Bermula dengan usrah pada 25 Julai 2025, jam 10 malam yang telah disampaikan oleh Ustaz Alfian Izaz. Ustaz menekankan mengenai bab solat dan kekuatan ukhuwwah.
Sesi seterusnya disambung pada esok harinya, 26 Julai 2025 dengan aktiviti sukan futsal bermula jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Surau Nur Fatimah di atas penglibatan bersama Biro Pemuda MJSAA yang diketuai oleh Mohamad Sofi bin Abdul Aziz.
𝗕𝗶𝗿𝗼 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 & 𝗥𝗶𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗝𝗦𝗔𝗔
#𝒎𝒋𝒔𝒂𝒂𝒔𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒅𝒊𝒉𝒂𝒕𝒊