28 Januari 2022 – Alhamdulillah, selesai Program Ceramah Khas bulan Januari ini. Ceramah Khas bertajuk Adab Berjiran ini telah disampaikan oleh jemputan istimewa Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor).
Antara intipati ceramah yang disampaikan adalah Islam amat menitikberatkan hal yang berkaitan dengan kejiranan. Malah, dalam kehidupan kita hari ini, jiran adalah insan paling hampir. Setiap Muslim dituntut untuk menjaga hubungan baik sesama jiran tanpa mengira batas agama, bangsa, adat atau budaya. Dalam hidup berjiran, ada beberapa hak dan tanggungjawab yang mesti kita tunaikan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha membina kehidupan berjiran mengikut apa yang diajarkan oleh agama Islam. Biiznillah.
Sebarkan kebaikan. Moga bermanfaat.
PENGURUSAN MJSAA