3 Februari 2022 – Usaha terus menerus Pengurusan MJSAA dalam menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan diteruskan lagi di Lanchong Jaya Sek28, Shah Alam.
Sumbangan kewangan telah disampaikan oleh Pengurus MJSAA Ustaz Ezmir Kushairy Roslee diiringi Penolong Pengurus Ustaz Syafiq Izhab.
Segala sumbangan yang diamanahkan kepada pihak kami telah pun disampaikan terus kepada golongan sasar.
Sekali lagi, MJSAA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bentuk bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada individu perseorangan, tabung-tabung khas banjir MJSAA mahupun secara atas talian.
Moga Allah menerima sumbangan ini sebagai amalan soleh kita semua. Aamiinn.
Pengurusan MJSAA