LAWATAN KERJA DAN DISKUSI ILMIAH MJSAA KE NEGERI PERAK

11-13 Disember 2021 – Alhamdulillah, MJSAA telah mengadakan satu lawatan kerja dan diskusi ilmiah ke negeri Perak selama 3 hari bermula 11 hingga 13 Disember 2021.

Rombongan yang membawa 20 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Tadbir MJSAA, Pengurusan MJSAA serta Pemuda MJSAA ini berkesempatan melihat sendiri persekitaran Lembah Lenggong yang diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 2012 sebagai Tapak Warisan Dunia-UNESCO.

Selain itu, MJSAA telah dibawa meninjau kemudahan prasarana di Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Negeri Perak, mendengar taklimat pengimarahan dan pengurusan masjid di Masjid Muhammadiah, Masjid Cina dan juga berpeluang ke Pusat Pendidikan Al-Barakah yang dibangunkan oleh Ustaz Datoโ€™ Mohammad Kazim Elias Al Hafiz. Hasil sumbangan tabung Jumaat lalu yang berjaya dikumpul sebanyak RM3,029.00 juga telah diserahkan ke Pusat Pendidikan tersebut semasa lawatan diadakan.

Pelbagai reaksi positif sepanjang lawatan kerja yang diadakan kali ini sekali gus objektif program telah tercapai dan harapan untuk merealisasikan sistem pengimarahan dan pengurusan seumpama masjid yang telah dilawati tersebut, in shaa Allah boleh digunapakai.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—๐—ฆ๐—”๐—”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *