MISI BANTUAN PASCA BANJIR – DUSUN TUA, HULU LANGAT

20 Disember 2021 – Berikutan bencana banjir yang telah melanda negeri Selangor baru-baru ini, sejumlah 10 orang sukarelawan terdiri daripada Pemuda MJSAA diketuai oleh Encik Anuar Halim dari Pengurusan MJSAA telah digerakkan untuk menyempurnakan Misi Bantuan Banjir ke Hulu Langat semalam. Alhamdulillah, segala kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan baik dengan menggunakan jentera dan peralatan MJSAA.

In shaa Allah, usaha murni ini tidak akan terhenti di sini dan ini juga merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial MJSAA terhadap mereka yang kurang bernasib baik yang akan berterusan di masa-masa akan datang.

Pengurusan MJSAA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *